Tentang Kami

MYC atau akronim kepada Malaysian Youth Club adalah sebuah komuniti sukarela antara belia melalui dunia siber di Malaysia yang lahir pada 23 November 2008. Sejarah penubuhan kami bermula dengan perkenalan dalam group Friendster Malaysian Teenagers, kami menubuhkan sebuah kumpulan baru setelah group Malaysian Teenagers dimansuhkan. Penubuhan MYC merupakan sebuah komuniti yang lebih bersifat sistematik dan teratur, diatur sendiri oleh golongan generasi muda. Wawasan kami adalah menjadikan belia di negara ini cenderung kepada nilai-nilai positif untuk disemat ke dalam jiwa generasi muda supaya mempunyai matlamat dan jati diri sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan belia satu golongan yang bukan sahaja celik ICT, malahan juga berilmu, beramal dan berbakti. Forum-forum antara belia diadakan sebagai medium untuk belia muda negara ini bertukar pendapat dan pandangan bagi menjana pemikiran belia yang lebih dinamik dan berkembang. Aktiviti sosial diadakan bertujuan menyemai sifat persahabatan dan ikatan antara belia dimana ia dilihat sebagai satu unjuran yang dapat menyatukan generasi muda dari alam maya ke dunia nyata.

TERKINI

akibat kerenah birokrasi kerajaan...aktiviti kelab ini terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditetapkan...mohon maaf...harap maklum...

Ahad, Mei 24, 2009

Wakil MYC dan ekspidisi ke Jengka

24 MEI, Ahad: Empat orang ahli MYC iaitu Anisah, Khalaf(myth), Eton dan Ikrim(who) telah menerjah bandar Jengka untuk bertemu dengan ahli MYC kesayangan ramai, Yusof(odin). Ekspidisi selamat tiba di bandar Jengka pada jam 11 pagi. Dikepalai oleh Anisah, ekspidisi edisi terjah ini bertujuan memberi kejutan kepada Yusof. Seperti yang dijangka Yusof menerima kejutan ibarat ikan naik ke darat tanpa sepatah kata. Namun begitu Yusof masih dengan lagak tenang menerima kehadiran mereka dengan dakapan yang terbuka. Aktiviti pertama ialah makan di bandar Jengka. Kemudian ekspidisi ke Ulu Jempol. Yusof, Khalaf dan Ikrim tanpa segan silu menunjukkan aksi mandi masing-masing di hadapan Anisah dan Eton tanpa rasa segan silu. Setelah aktiviti mandi-manda selesai, Yusof memperkenalkan ibu bapanya kepada ahli ekspidisi MYC yang terlibat. Keramahan antara keluarga Yusof dan ahli MYC amat jelas dengan kejayaan ahli MYC berbekalkan cerita sensasi mengenai Yusof. Ekspidisi berangkat pulang dari bandar Jengka melihatkan kehibaan berlaku antara ahli ekspidisi MYC dan Yusof pada petangnya. Mengikut sumber dari salah seorang ahli ekspidisi MYC, Ikrim dan Eton kelihatan amat mesra dengan berlaku beberapa adegan yang dilihat sebagai satu permulaan kepada plot romantis antara uda dan dara.


kekurangan kestabilan berlaku



tiada ikan patin mahupun sata



'the free show' (Eton selaku pengadil)



dara dan uda

16 Mei 2009 : Bowling Tournament between MYC and FS group 1986

16 MEI, Sabtu: Pada hari ini telah diadakan perlawanan persahabatan antara ahli MYC dan ahli FS group 1986. Bertempat di Ampang Superbowl Times Square, perlawanan diadakan dengan setiap pertubuhan menghantar dua pasukan yang mempunyai empat orang pemain setiap pasukan. Kemeriahan terasa di mana suara ahli-ahli MYC dan FS group 1986 mendominasi ruang masuk Ampang Superbowl menyebabkan atmosfera sekeliling kelihatan dipenuhi dengan MYC dan 1986 walaupun hanya bermain di empat lorong. Kehadiran penyokong setiap pasukan menambahkan kemeriahan perlawanan. Keputusan menunjukkan MYC menggungguli carta sebagai pasukan terbaik. Pemain lelaki terbaik dianugerahkan kepada saudara Firdaus(aust) dan pemain wanita terbaik kepada Fadhilah. Masing-masing merupakan wakil daripada pasukan MYC. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah dijayakan oleh cik Mimi(chinatsu). Setiap pemain menerima hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenangan untuk perlawanan ini. Program ditamatkan dengan gambar kenang-kenangan dari kedua-dua pertubuhan. Namun aktiviti MYC tidak berakhir begitu sahaja. Majlis sambutan hari jadi dan hari guru diadakan khas untuk puan timbalan pengerusi yakni Anisah sebagai majlis penutup untuk 16 Mei. Majlis bersurai sepenuhnya pada jam 6 petang.


hadiah tajaan MYC



pemain lelaki terbaik



pemain wanita terbaik



MYC dan 1986



tajaan Eton