Tentang Kami

MYC atau akronim kepada Malaysian Youth Club adalah sebuah komuniti sukarela antara belia melalui dunia siber di Malaysia yang lahir pada 23 November 2008. Sejarah penubuhan kami bermula dengan perkenalan dalam group Friendster Malaysian Teenagers, kami menubuhkan sebuah kumpulan baru setelah group Malaysian Teenagers dimansuhkan. Penubuhan MYC merupakan sebuah komuniti yang lebih bersifat sistematik dan teratur, diatur sendiri oleh golongan generasi muda. Wawasan kami adalah menjadikan belia di negara ini cenderung kepada nilai-nilai positif untuk disemat ke dalam jiwa generasi muda supaya mempunyai matlamat dan jati diri sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan belia satu golongan yang bukan sahaja celik ICT, malahan juga berilmu, beramal dan berbakti. Forum-forum antara belia diadakan sebagai medium untuk belia muda negara ini bertukar pendapat dan pandangan bagi menjana pemikiran belia yang lebih dinamik dan berkembang. Aktiviti sosial diadakan bertujuan menyemai sifat persahabatan dan ikatan antara belia dimana ia dilihat sebagai satu unjuran yang dapat menyatukan generasi muda dari alam maya ke dunia nyata.

TERKINI

akibat kerenah birokrasi kerajaan...aktiviti kelab ini terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditetapkan...mohon maaf...harap maklum...

Selasa, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa

VILLAGE VIEW KAJANG- 5 September : Di sini telah diadakan majlis berbuka puasa oleh ahli-ahli MYC. Walaubagaimanapun, kelancaraan majlis sedikit terganggu kerana sebahagian ahli telat untuk tiba akibat sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Dihadiri oleh Zarul dan Wan pada awalnya, majlis kemudian diiringi oleh Firdaus, Ikrim, Yusof, Hana, Mimi, Eton dan Mira. Setelah selesai majlis makan dan solat Maghrib, ahli-ahli terbabit telah menggilakan malam tersebut di Alamanda menonton cerita pilihan Ikrim di pawagam. Gelagat remaja terserlah apabila beberapa gambar dengan aksi yang tidak sesuai dipaparkan dijadikan kenang-kenangan malam tersebut. Majlis kemudianny bersurai lewat malam kemudiandan ahli-ahli terlibat dihantar pulang dengan selamat oleh wakil-wakil pengankutan MYC. Solat terawih tidak dapat dipastikan samada didirikan atau tidak memandangkan ianya hak individu ahli-ahli terbabit.


Yusof memanjakan diri untuk ikan dari Mimi


Tak terlepas pasangan terhangat MYC, ' WhoTon'


Laki-Laki


WANIS (wanita-wanita manis)


Wajah-wajah ceria


Gincu Jingga


Isnin, Ogos 24, 2009

GIGATRIP by BANDOFBRADERS

28 JUN, Ahad: Pada hari ini telah diadakan satu trip ringkas oleh jejaka-jejaka MYC. Terdiri daripada Ikrimah, Khalaf, Zul, Akim, Paan, Aust dan Zakie, rombongan yang pada asalnya melibatkan penglibatan kaum perempuan terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan. Suasana seramai tujuh orang ahli dengan dua buah kereta kelihatan menggamatkan keadaan sekeliling melampai suara burung dan unggas di dalam hutan itu sendiri. namun begitu, kemesraan dan ukwah yang terjalin menyaksikan keutuhan serta semangat tinggi antara ahli yang amat kuat hinggakan pada pengakhiran harinya masih terasa seperti saat-saat manis seperti ini pastinya sukar untuk diulang kembali.



adat merenjis


latihan olimpik


siapa yang comel itu


bawah 18 jangan tenung lama-lama


da gang

Ahad, Jun 07, 2009

THE MINES~

okie. nama saya cik gincu. saya mod baru anda. wee~
ok semalam saya sudah diberi mandat oleh en. farhan kita untuk menjadi mod blog ini kerana beliau sibuk ( eley poyo jew 2) so entry saya adalah tidak serius seperti beliau ok. HAHA. ok laa hari ini saya nak cite pasal berpoya-poya di mines bersama ahli MYC bertarikh 6 jun 2009. yay!!

sememangnya priority diberikan kepada oden kerana beliau turun dari pahang. so perjumpaan di adakan untuk jumpe beliau laa. ( jgn perasan ok). ahli- ahli yang terlibat pada hari itu ialah oden, nisah,eton, cik gincu, myth dan kawan oden yang x taw name. oden x kenal kan kat kitorang pon. perjumpaan ari 2 x ada apa2 yang penting. hanya tengok movie semata2. plan pada mulanya ialah nak tengok terminator tapi tiket yang ada pukul 4 lebih so x boleh. sebab nya cik hana kena balik awal. so kitorang pon tengok laa cite monster vs alien. ok cite 2 sumpah best dan sangat laa comel. jelly 2 yang paling comel. sila laa tengok cite 2 memang x rugi. ok disebabkan masa yang agak singkat lepas tengok movie kami pon pegi makan kat food court. nisah memilih untuk makan makanan jepun menyebabkan oden khusyuk jew tengok nisah makan. cik gincu lak rase macam geli- geli tekak sebab xmakan makanan jepun dan myth macam terliur giler. huhu. lepas makan terus balik.

ada laa sikit perbincangan benda- benda yang x brapa nak penting hari 2. tapi secara keseluruhannya semua orang enjoy.


wee~ jom makan2

oden lapar ea?

myth poyo giler beli topi baru. wee~

Ahad, Mei 24, 2009

Wakil MYC dan ekspidisi ke Jengka

24 MEI, Ahad: Empat orang ahli MYC iaitu Anisah, Khalaf(myth), Eton dan Ikrim(who) telah menerjah bandar Jengka untuk bertemu dengan ahli MYC kesayangan ramai, Yusof(odin). Ekspidisi selamat tiba di bandar Jengka pada jam 11 pagi. Dikepalai oleh Anisah, ekspidisi edisi terjah ini bertujuan memberi kejutan kepada Yusof. Seperti yang dijangka Yusof menerima kejutan ibarat ikan naik ke darat tanpa sepatah kata. Namun begitu Yusof masih dengan lagak tenang menerima kehadiran mereka dengan dakapan yang terbuka. Aktiviti pertama ialah makan di bandar Jengka. Kemudian ekspidisi ke Ulu Jempol. Yusof, Khalaf dan Ikrim tanpa segan silu menunjukkan aksi mandi masing-masing di hadapan Anisah dan Eton tanpa rasa segan silu. Setelah aktiviti mandi-manda selesai, Yusof memperkenalkan ibu bapanya kepada ahli ekspidisi MYC yang terlibat. Keramahan antara keluarga Yusof dan ahli MYC amat jelas dengan kejayaan ahli MYC berbekalkan cerita sensasi mengenai Yusof. Ekspidisi berangkat pulang dari bandar Jengka melihatkan kehibaan berlaku antara ahli ekspidisi MYC dan Yusof pada petangnya. Mengikut sumber dari salah seorang ahli ekspidisi MYC, Ikrim dan Eton kelihatan amat mesra dengan berlaku beberapa adegan yang dilihat sebagai satu permulaan kepada plot romantis antara uda dan dara.


kekurangan kestabilan berlaku



tiada ikan patin mahupun sata



'the free show' (Eton selaku pengadil)



dara dan uda

16 Mei 2009 : Bowling Tournament between MYC and FS group 1986

16 MEI, Sabtu: Pada hari ini telah diadakan perlawanan persahabatan antara ahli MYC dan ahli FS group 1986. Bertempat di Ampang Superbowl Times Square, perlawanan diadakan dengan setiap pertubuhan menghantar dua pasukan yang mempunyai empat orang pemain setiap pasukan. Kemeriahan terasa di mana suara ahli-ahli MYC dan FS group 1986 mendominasi ruang masuk Ampang Superbowl menyebabkan atmosfera sekeliling kelihatan dipenuhi dengan MYC dan 1986 walaupun hanya bermain di empat lorong. Kehadiran penyokong setiap pasukan menambahkan kemeriahan perlawanan. Keputusan menunjukkan MYC menggungguli carta sebagai pasukan terbaik. Pemain lelaki terbaik dianugerahkan kepada saudara Firdaus(aust) dan pemain wanita terbaik kepada Fadhilah. Masing-masing merupakan wakil daripada pasukan MYC. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah dijayakan oleh cik Mimi(chinatsu). Setiap pemain menerima hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenangan untuk perlawanan ini. Program ditamatkan dengan gambar kenang-kenangan dari kedua-dua pertubuhan. Namun aktiviti MYC tidak berakhir begitu sahaja. Majlis sambutan hari jadi dan hari guru diadakan khas untuk puan timbalan pengerusi yakni Anisah sebagai majlis penutup untuk 16 Mei. Majlis bersurai sepenuhnya pada jam 6 petang.


hadiah tajaan MYC



pemain lelaki terbaik



pemain wanita terbaik



MYC dan 1986



tajaan Eton