Perjumpaan kali ini adalah bersempena meraikan tamatnya musim perperiksaan dan juga sempena kehadiran Cik Lipstik yang datang
MYC 11-12-10 |
Hadirin pertama yang tiba ialah Myth bersama pasangannya. Mengikut janji melayu,sepatutnya ada 4 ahli yang tiba dahulu pada jam 11pagi yakni Zarul, Miera, Lipstik dan juga Myth. Zarul telah ditugaskan untuk jadi drebar Lipstik pada jam 10, akan tetapi, sekitar 11.30pagi barulah dia mengambil Lipstik. Zarul memang melayu tulen.
Sekitar 2.15petang, janji-janji melayu semuanya ditepati. Nama-nama yang hadir pada 11hb Disember, mengikut kronologi;
(patut awal lagi, tapi dia merendek kat Low Yat)
Aktiviti pertama kami ialah makan tengah hari di Food Court Times Square tingkat 10. Dan kami sekali lagi memilih meja dan kerusi keramat yang direstukan oleh Who pada suatu ketika dahulu. That's is another story, long story.
Makan~~ Gincu Siyes lapar~~ |
Tidak lengkap kiranya aktiviti makan-makan tidak disertakan dengan aktiviti gosip-menggosip, bergurau senda, sedikit mengumpat dan juga terselit kisah-kisah politik serta bola sepak. Puak Naga didalam MYC turut mengambil kesempatan meluangkan masa sesama sendiri walaupun dicerca oleh oleh ahli MYC yang lain. Steady bro,nyawa tu.
Kami mengambil masa selama 30minit semata-mata bergaduh dalam memilih wayang apa yang ingin ditonton bersama.
Pergaduhan ini adalah harus bagi mengelakkan kejadian tersilap pilih wayang seperti yang berlaku pada pertemuan lalu. Akibatnya Who mula menyamar menjadi Deejay Radio merangkap pencaci wayang di dalam panggung wayang. Mana-mana wayang yang Zarul nak tengok juga telah ditolak awal-awal kerana beliau dah tengok hampir semua wayang yang ada di pasaran pada ketika itu. Gila apa,Orang jual tiket wayang pun tak tengok semua wayang.
Oleh kerana kekangan masa yang dihadapi oleh Paan, Zarul, Myth dan juga Aust, kami sebulat suara memilih wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Miera dengan tegasnya menyatakan tak nak tengok cerita Melayu sebab nanti Raya dapat tengok di Televisyen. Serentak dengan itu beliau telah ditujah dengan Ilmu Tuju-Tuju Tanpa Hala Tuju oleh Who, Myth, Zarul dan juga Aust. Lipstik dan Mimie pun tak dapat bantu beliau, padan muka beliau.
"Aktivis perfileman Melayu adalah diakui slow dan membosankan, namun begitu, beberapa pengarah dan penerbit harus diberi perhatian atas bakat dan idea mereka. Dengan menonton hasil mereka di Pawagam, ini akan mendorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak cerita. Dengan lebih banyak cerita, ini akan beri lebih variasi dan ruang untuk mereka mebaiki cerita-cerita mereka ke suatu tahap yang lebih baik!"
Who yang kuciwa sebab tiket takde |
Semasa di kaunter tiket, kami mengahadapi krisis tiket. Tempat duduk yang ada akan memecah-belahkan kami kerana lokasi yang bersepah sana sini. Aust dengan kepakaran IT,Who dengan kepakaran Penghotelan, Paan dengan kepakaran Kejuruteraan dan Zarul dengan kemahiran Karenah Birokrasi Kerajaan telah memujuk, mengugut dan memanipulasikan pemahaman Abang Jual Tiket mengenai kedudukan tempat duduk dan juga penjualan tiket wayang secara telefon atau Online. Namun begitu, Abang Jual Tiket itu tetap kukuh dengan pendiriannya, mempertahankan polisi GSC.
Tibe-tibe happy balik sebab yakin dapat tiket |
Abang jual tiket |
Persetujuan telah dicapai, yakni kami dibenarkan membeli tiket wayang yang di-reserve-kan kepada pembeli Online dengan syarat kami menunggu sehingga 30minit sebelum wayang bermula. Kami beramai-ramai menunggu disebelah kaunter sambil membuat muka bengis ala-ala GayBoy Tasik Permaisuri seperti yang diajar oleh Zakie.
MUka paling wanted sebab ghairah gile nak cium Abang Jual Tiket |
Setelah 10minit menjadi penunggu, akhirnya kami dapat membeli tiket wayang yang dihajati. Kaunter tiket menjadi kecoh seketika bila Ahli MYC yang lelaki cuba cium pipi Abang Jual Tiket.
Tiketx~~~ |
Kan dah kate. memang tableyh blah |
Penunggu tiket |
hasutan Zakie tasik permaisuri |
Saya tidak dapat menulis kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan suasana ketika menonton wayang bersama-sama Ahli MYC. Anda perlu sertai kami untuk mengetahuinya sendiri.
Setelah tamat wayang, Luth tiba ke Times Square. Beliau tersangat la lewat sebab bas yang dinaiki beliau pancit. Beliau telah melafazkan ikrar bersaksikan kami untuk tidak akan naik bas lagi selepas ini. Kami agak terkilan kerana baru berjumpa kira-kira 5minit, beberapa ahli terpaksa mengundur diri atas sebab urusan masing-masing,termasuk saya.
Muka tak bleyh blah semua sebab tak tahan nak pergi toilet pas wayang |
Ahli-ahli yang tinggal, meneruskan aktiviti lain, seperti shopping, makan dan bergosip. nasib baik ahli lain dah takde. Tak dapat la dosa kering kami semua.
Apa-apa pun , aktiviti kali ini memang hebat dan menyeronokkan. Bagi yang tidak dapat hadir, sure rasa rugi kan? Takpe, masih ada lain kali. Aktivit terbaru yang diuar-uarkan bakal berlansung pada 25hb Disember. Notis akan diberitahu tak lama lagi. Sebarang persoalan, sila hubungi saya. Soalan exam tidak akan dilayan sama sekali walaupun anda merayu-rayuan.
Sekian, dilipur larakan oleh Myth.