Tentang Kami

MYC atau akronim kepada Malaysian Youth Club adalah sebuah komuniti sukarela antara belia melalui dunia siber di Malaysia yang lahir pada 23 November 2008. Sejarah penubuhan kami bermula dengan perkenalan dalam group Friendster Malaysian Teenagers, kami menubuhkan sebuah kumpulan baru setelah group Malaysian Teenagers dimansuhkan. Penubuhan MYC merupakan sebuah komuniti yang lebih bersifat sistematik dan teratur, diatur sendiri oleh golongan generasi muda. Wawasan kami adalah menjadikan belia di negara ini cenderung kepada nilai-nilai positif untuk disemat ke dalam jiwa generasi muda supaya mempunyai matlamat dan jati diri sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan belia satu golongan yang bukan sahaja celik ICT, malahan juga berilmu, beramal dan berbakti. Forum-forum antara belia diadakan sebagai medium untuk belia muda negara ini bertukar pendapat dan pandangan bagi menjana pemikiran belia yang lebih dinamik dan berkembang. Aktiviti sosial diadakan bertujuan menyemai sifat persahabatan dan ikatan antara belia dimana ia dilihat sebagai satu unjuran yang dapat menyatukan generasi muda dari alam maya ke dunia nyata.

TERKINI

akibat kerenah birokrasi kerajaan...aktiviti kelab ini terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditetapkan...mohon maaf...harap maklum...

Selasa, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa

VILLAGE VIEW KAJANG- 5 September : Di sini telah diadakan majlis berbuka puasa oleh ahli-ahli MYC. Walaubagaimanapun, kelancaraan majlis sedikit terganggu kerana sebahagian ahli telat untuk tiba akibat sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Dihadiri oleh Zarul dan Wan pada awalnya, majlis kemudian diiringi oleh Firdaus, Ikrim, Yusof, Hana, Mimi, Eton dan Mira. Setelah selesai majlis makan dan solat Maghrib, ahli-ahli terbabit telah menggilakan malam tersebut di Alamanda menonton cerita pilihan Ikrim di pawagam. Gelagat remaja terserlah apabila beberapa gambar dengan aksi yang tidak sesuai dipaparkan dijadikan kenang-kenangan malam tersebut. Majlis kemudianny bersurai lewat malam kemudiandan ahli-ahli terlibat dihantar pulang dengan selamat oleh wakil-wakil pengankutan MYC. Solat terawih tidak dapat dipastikan samada didirikan atau tidak memandangkan ianya hak individu ahli-ahli terbabit.


Yusof memanjakan diri untuk ikan dari Mimi


Tak terlepas pasangan terhangat MYC, ' WhoTon'


Laki-Laki


WANIS (wanita-wanita manis)


Wajah-wajah ceria


Gincu Jingga