Tentang Kami

MYC atau akronim kepada Malaysian Youth Club adalah sebuah komuniti sukarela antara belia melalui dunia siber di Malaysia yang lahir pada 23 November 2008. Sejarah penubuhan kami bermula dengan perkenalan dalam group Friendster Malaysian Teenagers, kami menubuhkan sebuah kumpulan baru setelah group Malaysian Teenagers dimansuhkan. Penubuhan MYC merupakan sebuah komuniti yang lebih bersifat sistematik dan teratur, diatur sendiri oleh golongan generasi muda. Wawasan kami adalah menjadikan belia di negara ini cenderung kepada nilai-nilai positif untuk disemat ke dalam jiwa generasi muda supaya mempunyai matlamat dan jati diri sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan belia satu golongan yang bukan sahaja celik ICT, malahan juga berilmu, beramal dan berbakti. Forum-forum antara belia diadakan sebagai medium untuk belia muda negara ini bertukar pendapat dan pandangan bagi menjana pemikiran belia yang lebih dinamik dan berkembang. Aktiviti sosial diadakan bertujuan menyemai sifat persahabatan dan ikatan antara belia dimana ia dilihat sebagai satu unjuran yang dapat menyatukan generasi muda dari alam maya ke dunia nyata.

TERKINI

akibat kerenah birokrasi kerajaan...aktiviti kelab ini terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditetapkan...mohon maaf...harap maklum...

Isnin, Ogos 24, 2009

GIGATRIP by BANDOFBRADERS

28 JUN, Ahad: Pada hari ini telah diadakan satu trip ringkas oleh jejaka-jejaka MYC. Terdiri daripada Ikrimah, Khalaf, Zul, Akim, Paan, Aust dan Zakie, rombongan yang pada asalnya melibatkan penglibatan kaum perempuan terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan. Suasana seramai tujuh orang ahli dengan dua buah kereta kelihatan menggamatkan keadaan sekeliling melampai suara burung dan unggas di dalam hutan itu sendiri. namun begitu, kemesraan dan ukwah yang terjalin menyaksikan keutuhan serta semangat tinggi antara ahli yang amat kuat hinggakan pada pengakhiran harinya masih terasa seperti saat-saat manis seperti ini pastinya sukar untuk diulang kembali.



adat merenjis


latihan olimpik


siapa yang comel itu


bawah 18 jangan tenung lama-lama


da gang